Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memaksa kita memikirkan cara yang boleh dilakukan agar Program NILAM dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak yang besar kepada pencapaian bilangan bacaan di kalangan murid. MATLAMAT Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai : Membolehkan Program NILAM dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sebagai salah satu program…
Month: Jun 2021
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah. • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan. • Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. • Menyediakan kemudahan, peralatan…
PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis. Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Melahirkan individu bestari yang…
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PUSAT SUMBER SEKOLAH
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawaian dan terkini. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang…