Sejarah SK Charuk Puting

Sejak 30 tahun lalu, SK Charuk Puting telah ditubuhkan di kawasan kampung ini. Sesiapa pun tidak menyangka tapak asal sekolah ini dahulu merupakan sebuah bukit yang hanya dipenuhi hutan. Kini, tersergam indah beberapa buah bangunan sekolah untuk kemudahan anak-anak kampung setempat. SK Charuk Puting dibina selepas adanya penempatan Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Charuk Puting. RPSB ini diwujudkan selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1971 dan dengan ini pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk membina sebuah sekolah bagi memberi pendidikan kepada anak-anak kampung.

Pada mulanya, hanya dibina sebuah bangunan dua tingkat, kantin, dan 2 buah rumah guru sahaja. Kemudian pihak kerajaan telah menambah bangunan sekolah seperti yang terdapat kini. Bangunan asal sekolah ini masih lagi dikekalkan kerana ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Charok Puting dan kini ejaannya telah berubah kerana lazimnya penduduk kampung menggunakan nama Kampung Charuk Puting sebagai alamat di kampung ini.

Sekolah ini mempunyai keluasan tanah sebanyak 11 ekar. Kedudukan sekolah pula sangat cantik kerana berada di atas bukit. Di sekitar kawasan sekolah terdapat kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit. Walaupun SK Charuk Puting berada agak jauh dari pusat bandar, segala kemudahan yang terdapat di sekolah ini amat memuaskan.

Antara Guru Besar yang pernah menjadi peneraju utama di SK Charuk Puting termasuklah Allahyarham Tuan Haji Ahmad b Siwok. Beliau merupakan Guru Besar pertama yang memberi khidmat bakti kepada anak-anak kampung sehingga mereka berjaya sekarang. Selepas itu, Tuan Haji Abdul Razak b Mahusin dan diganti pula oleh Encik Md Yasin b Mahmud yang menerajui sekolah ini bermula pada tahun 1990 hingga tahun 1998. Selepas itu, diganti pula oleh Encik Mohd Alwi b A. Ghani dari tahun 1999 hingga tahun 2008.

Selepas itu, peneraju utama SK Charuk Puting bertukar kepada Enck Khairuddin b Othman dari tahun 2008 hingga 2011. Allah lebih menyayanginya, Encik Khairuddin telah kembali ke pangkuan Sang Penciptanya padatahun 2011.

Tempat Allahyarham telah diganti oleh Tuan Haji Abd Azis b Md Isin dari tahun 2011 hingga 2013. Jodoh bersama Tuan Hj Abd Azis b Md Isin tidak lama, beliau telah diganti pula oleh En Abdul Abas b dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Peneraju utama SK Charuk Puting seterusnya ialah Encik Hassan Nasri b Ahmad yang mula bertugas pada bulan Oktober 2015.

Beliau pula digantikan oleh Encik Amri Bin Muhamad Amir @ Amiruddin bermula pada Julai 2019 sehingga kini. Peneraju utama sekarang merupakan seorang yang berpandangan jauh dan ingin menjadikan SK Charuk Puting sebagai sebuah sekolah yang mampu menghasilkan murid-murid yang bijak dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau seorang yang tegas tetapi amat memahami keperluan murid-murid dan memberi sokongan kepada semua guru dan anggota kumpulan pelaksana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s