Sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.
Lanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.
Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Rujukan bagi pelaksanaan PdPR boleh di rujuk melalui Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah .