ELEMEN KBAT DALAM KURIKULUM

Kurikulum didefinisikan sebagai suatu pengalaman
pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan
pembelajaran yang dihasratkan (PPK, 2001). Dalam konteks
ini, kurikulum di Malaysia dilaksanakan melalui Kurikulum
Kebangsaan yang telah dikanunkan mengikut Akta
Pendidikan 1996.
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai
kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara
berpasukan.