Portal E-Guru

Portal eGuru adalah satu portal KPM/BTP yang memuatkan video-video  sebagai rujukan dalam pelaksanaan SKPM khasnya Standard 4.0: Pengajaran dan Pembelajaran. Pengguna boleh memuatnaik video sendiri setelah mendaftar. Portal yang menyokong konsep user generated content seperti ini merupakan satu ciri yang baik. Tahniah kepada BTP atas usaha ini.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa.  

Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.

Apa Itu Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21)

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Adakah elemen-elemen ini memberi kesan positif kepada murid-murid?

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Apakah PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. 2. Bila PBD bermula? PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun…