Melalui perancangan jangka pendek, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid, dengan kerjasama Unit Kurikulum telah memulakan langkah memastikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) menarik lebih ramai murid untuk menyertainya.
PDPR PKP 3.0 dilaksanakan ekoran penularan wabak Covid 19 berikutan kes positif berada pada tahap paling tinggi sejak pandemik ini melanda dunia bermula 2019. Kerana itu, PDPR terpaksa dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak tersebut di sekolah dan juga sebagai satu jalan mengurangkan kes positif di negara.
Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti berkaitan perlu dilaksanakan bagi menarik minat semua murid, umumnya, dan mengambil bahagian dalam PDPR yang dijalankan. Di samping, mengurangkan masalah keciciran di kalangan mereka untuk mendapat ilmu pengetahuan.
Bermula 28 Jun 2021, Pertandingan Murid Paling Aktif PDPR PKP 3.0 ’21 telah dilancarkan dan dijangka tamat pada 14 Julai 2021. Pertandingan ini melibatkan semua murid termasuk murid PPKI dan Prasekolah. Berdasarkan kepada keterlibatan mereka dalam semua mata pelajaran yang telah dijadualkan.
Objektif pertandingan:
1) Menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam PDPR
2) Menggalakkan persaingan antara murid
3) Mendidik murid untuk memberi respon dengan baik dan cepat terhadap apa yang telah dipelajari semasa sesi PDPR
4) Mendidik murid untuk menjadi lebih peka terhadap tugasan yang diberikan.
Semoga, dengan amal yang sedikit ini, murid-murid sentiasa bersemangat dan berminat untuk terus belajar walaupun dalam keadaan norma baharu. Agar mereka tidak ketinggalan menikmati anugerah ilmu daripada ALLAH..