PELAPORAN PdPR

MAKLUMAN

Pelaporan Harian Guru hendaklah dibuat selepas kelas PdPR dilaksanakan. Oleh itu rakan-rakan guru diminta supaya tidak membuat Pelaporan Harian Guru sebelum kelas PdPR dibuat ataupun menghantar pelaporan lewat.

Data PdPR dari Google Form akan diproses untuk verifikasi bermula 6.00 petang setiap hari seterusnya dimuat naik ke Laporan PdPR Google Data Studio (GDS) Data Pelaporan PdPR yang dibuat selepas 6.00 pm akan diproses pada sesi kemaskini yang berikutnya iaitu bermula 11.00 pagi.

Laporan Harian PGB pada hari semasa boleh dibuat bermula 3.00 petang hari berikutnya bagi memberi masa yang cukup untuk semua Laporan Harian Guru dimuat naik ke sistem. Laporan Harian PGB bagi PdPR hari Jumaat boleh dibuat bermula 3.00 petang hari Isnin.

Bagi guru-guru yang baru berpindah ke Negeri Pahang dan tiada nama guru dipaparkan pada ruangan nama guru di Pelaporan Guru (Google Data Studio), sila daftar ID DELIMa di SINI. Begitu juga dengan guru yang menggunakan ID TEMP.

Tahniah dan terima kasih atas keprihatinan semua guru, PGB dan PPD dalam usaha membantu menjayakan proses PdPR yang cekap dan berkesan di peringkat masing-masing.

Klik pautan PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) JPN PAHANG 2021

Terima kasih.

Unit TMK,

Sektor Pembelajaran

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s