4.0 DASAR PENGURUSAN KELAS
- Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
Bil | Simbol | Maksud |
1 | / | Murid hadir |
2 | O | Tidak hadir tanpa sebab |
3 | S | Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan) |
4 | K | Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar /Pengetua (dikira tidak hadir) |
5 | L | Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir) |
6 | W | Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir) |
7 | G | Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir) |
- Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas.
- Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan Penolong Kanan (HEM) dan Pembantu Tadbir merekodkan data kehadiran murid.
- Penolong Kanan (HEM) / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem e-Hadir secara atas talian (on-line) sebelum pukul 8.30 pagi setiap hari persekolahan.
- BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.
5.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
- Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
- Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah – surat kebenaran sekolah bagi bukan warga
6.0 FAIL PERIBADI MURID
- Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
- Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
- Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM) disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM.
- Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah.
- Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik HEM atau bilik Bimbingan & Kaunseling atau bilik Dokumentasi.
- Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
- Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak).
7.0 PENDAFTARAN MURID BARU
- Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
- PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
- Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru SMM / guru data.
- Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
- Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
- PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
- PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru Data untuk pengisian butiran di komputer.
8.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
- PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS)
– masalah pertukaran ke luar negera – Rujuk SPS
- Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
- Bagi pertukaran keluar negara, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
- Untuk pertukaran dalam Negara, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
- Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
- Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, murid Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan dibawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid bukan warga – rujuk SPS)
- Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 8.6. selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.
9.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas Bendahari
AJK Kebersihan AJK Keceriaan AJK Keselamatan
- Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: •
- Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan kenyataan kelas
- Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan Kelas
- Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan kelas.
- Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru
- Inventori Kelas – ditampal pada pintu
- Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan kelas.
- Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
- Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
- Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
- Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
- Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat.
- Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.
9.5 Kebersihan kelas:
- AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
- Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
- AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
- Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
- Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.
- Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
- Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.
- Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
- Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.