ASAS PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN
Pekeliling SPI Bil 4/986 menyatakan panitia mata pelajaran ialah:
- guru- guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama
- guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran,pengalaman dan kepakaran
- medan untuk guru-guru mencari masalah pembelajaran,motivasi,sikap dan tabiat belajar murid.
Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP (BS)8591/Jld.ll/(44),13hb Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia- panitia yang diwujudkan di sekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah.
TUJUAN PENUBUHAN PANITIA
- Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
- Berusaha mendapatkan strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
- Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
- Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelas akademik
TUGAS DAN PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN
- Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
- Menyediakan serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
- Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
- Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian , mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
- Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc jika perlu.
- Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
- Bertukar- tukar pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi dengan ahli-ahli yang lain setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
- Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan ( R&D).
- Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
MESYUARAT PANITIA PELAJARAN
Perkara- perkara yang perlu dibincangkan dalam Panitia Mata Pelajaran:
- Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini.
- Menyelaraskan format penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
- Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks.
- Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan- bahan kurikulum dan bahan bantu mengajar.
- Penyelarasan ujian dan penilaian serta intervensi.
- Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilakukan.
- Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang sesuai.
- Membincangkan teguran dan cadangan daripada Pengetua/Guru Besar,GPK, Ketua Bidang,PPD,JPN serta lain-lain yang berkaitan.
- Memaklumkan kepada ahli tentang arahan -arahan terbaru serta mengambil respon serta merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan -arahan jabatan.
- Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ,bahan mata pelajaran di dalam bilik darjah.
- Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
- Mengetuai Panitia Mata Pelajaran.
- Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
- Melantik Setiausaha Panitia dalam kalangan Ahli Panitia.
- Mempengerusikan Mesyuarat Panitia .
- Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran.
- Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar, GPK, dan AJK Panitia.
- Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
- Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal yang berkaitan dengan mata pelajaran .
- Memberikan perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan mata pelajaran untuk menjamin pencapaian pelajar.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA
- Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan yang lain.
- Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia.
- Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera.
- Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah.
- Menyediakan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia.
- Menyimpan dokumen -dokumen dan maklumat – maklumat yang berkaitan.
- Mengemaskini fail – fail bagi tahun -tahun semasa seperti ditetapkan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK PANITIA
- Menghadiri dan menyertai mesyuarat Panitia.
- Menyetujui cadangan-cadangan yang dirancang dalam mesyuarat Panitia.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti atau progran yang dirancang sebaik mungkin.
- Memberi perhatian dan membuat analisa/post mortem ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada.
- Membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi setiap murid lemah.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan.
- Bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
- Menjaga keselamatan dan kebersihan alatan BBM dan bilik-bilik khas.
- Membantu menguruskan bank-bank soalan.