Membentuk sebuah Pusat Sumber Sekolah yang mampu menjadi pemacu kepada kecemerlangan pendidikan dalam konteks cabaran mendatang·
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran , potensi individu serta sahsiah pelajar·
Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional·
Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini·
Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis·
Penghasilan bahan-bahan variasi sumber·
Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran & pembelajaran·
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar·
Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran·
Menjadikan pengendalian PSS lebih mantap, terancang dan berkesan.
Meningkatkan peranan dan fungsi PSS sebagi nadi aktiviti akademik di sekolah.