PENDEKATAN PdPR DI SK CHARUK PUTING

Pembukaan sesi persekolahan dalam norma baharu tahun ini sekali lagi memberikan pengalaman yang mungkin tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Pandemik Covid 19 yang belum menunjukkan aliran penurunan dengan kes harian mencapai 4 digit menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia membuat ketetapan dengan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka sehingga Julai 2021 ataupun sehingga di umumkan semula.

Krisis global akibat penularan wabak COVID 19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan Pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadi tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan  baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian.

Namun begitu Pendidikan masa kini harus mengikuti pembaharuan selaras dengan hasrat KPM, JPN dan PPD bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Oleh itu  sepanjang berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak kali pertama lagi,  SK Charuk Puting telah menggunakan pelbagai kaedah dan medium pembelajaran yang dilaksanakan dalam talian atau luar talian mengikut keadaan dan keperluan semua murid dan guru.

Berikut adalah kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru di SK Charuk Puting sepanjang berlangsungnya PdPR dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s