DASAR KEBAJIKAN MURID [HAL EHWAL MURID]

11.0 DASAR KEBAJIKAN MURID

11.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sentiasa dikemaskini.

11.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.

b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).

c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama.

d) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

e) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

11.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu:

i) Pembangunan sahsiah diri murid

ii) Peningkatan disiplin diri murid

iii) Pendidikan kerjaya murid

iv)Psikososial dan kesejahteraan mental murid

b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.


d) GBK harus membimbing murid bermasalah.


e) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung / dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.


f) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.


g) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari persekolahan setahun.


11.4 Dasar Kebajikan Murid
a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM:

i) Bilangan anak yatim di dalam kelas

ii) Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah


b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti:
i) Biasiswa
ii) Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)

iii) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
iv) Susu 1Malaysia
v) Bantuan Pakaian Seragam Derma Kebajikan

c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.


d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s