PROGRAM MINDA SIHAT

PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan intervensi Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah yang dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik Covid19 atau krisis yang sedang berlaku. Program ini menggunakan moto ‘MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA’ bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka.

Objektif pelaksanaan Program Minda Sihat ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental
  • Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan dirI
  • Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau yang berlaku
  • Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik
  • Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi; dan tingkah laku
  • Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.

1) Pencegahan. Dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

  • Mengenal pasti isu murid berdasarkan analisis senarai semak keperluan murid dalam kebiasaan baharu
  • Mempromosikan kepentingan menjaga kesejahteraan, kesihatan dan mencegah penyakit mental
  • Membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan gaya daya tindak
  • Melaksanakan saringan minda sihat untuk pengesanan awal masalah mental.

2) Perkembangan. Dilaksanakan melalui perkara berikut:

  • Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya
  • Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan daya tahan
  • Meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan berterusan.

3) Pemulihan. Dilaksanakan melalui perkara berikut:

  • Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti
  • Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy, Choice Theory Reality Therapy dan sebagainya.

4) Krisis. Dilaksanakan melalui perkara berikut:

  • Mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan/gangguan mental contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar, cubaan dan perancangan psikososial negatif
  • Melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar
  • Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berperanan dan bertanggungjawab dalam Program Minda Sihat ini ialah:

1) Pentadbir Sekolah

  • Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan
  • Memantau pelaksanaan program secara berterusan
  • Merujuk kes krisis murid kepada ibubapa/penjaga
  • Melaporkan dan tindakan intervensi kes krisis serta psikososial negatif murid kepada PPD dan JPN mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan SOP 1:3:7.

2) Guru Bimbingan dan Kaunseling

  • Menyelaras pelaksanaan program kepada guru dan murid
  • Melaksanakan penataran program kepada guru
  • Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru, ibu bapa dan murid
  • Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru
  • Melaksanakan saringan minda sihat melalui Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM) di laman sesawang http://sepkm.com/msihat/
  • Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi
  • Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut keperluan murid
  • Memantau perkembangan murid dari masa ke semasa
  • Melaporkan kes krisis dan psikososial negatif kepada Pengetua dan Guru Besar
  • Melaksanakan intervensi umum, khusus dan krisis kepada sasaran murid yang dikenal pasti
  • Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.

3) Guru

  • Memastikan program dilaksanakan dengan lancar
  • Memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid
  • Merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK
  • Meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan diri dan kesihatan mental merentas kurikulum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s