12.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
12.2 Kad Pergigian Murid
a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
12.3 Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana- mana Penolong Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
12.4 Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulan.
e) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
12.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran.
d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.
e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
f) Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.
12.6 Kantin Sekolah
a) Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
b) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
c) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
d) Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
e) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.
12.7 Kebersihan Kelas
a) Murid mesti membersihkan kelas 10 minit sebelum waktu pertama bermula.
b) Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
c) Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas.