KENYATAAN MEDIA: PEMAKLUMAN MENGENAI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID KELAS PEPERIKSAAN DI NEGERI YANG BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMAKLUMAN MENGENAI SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI MURID KELAS PEPERIKSAAN DI NEGERI
YANG BERALIH KE FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk pengumuman
YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan peralihan ke
Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Perlis, Perak,
Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan
Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad
kepada murid kelas peperiksaan sahaja. MKN juga memberi kebenaran
pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas
peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim
Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah
diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada
6 Jun 2021. Ini bermakna, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu
dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang
akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan
17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi
persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021
bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan
dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal
persekolahan tersebut bermula.


KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.


-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


4 JULAI 2021

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s