Sejak pandemik Covid-19 telah melanda di negara kita, pelbagai pembaharuan yang perlu kita lalui terutama dari segi sektor pendidikan. Murid-murid dan guru terpaksa bersedia melaksanakan pembelajaran secara online.
Oleh kerana situasi ini, pelbagai aplikasi pembelajaran online yang boleh digunakan oleh guru dan murid dalam melaksanakan pembelajaran online memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih.
Aplikasi pembelajaran online ini mampu menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran online berlangsung disamping dapat mendedahkan pelajar dengan teknologi digital pada masa kini.
Antara aplikasi pembelejaran yang menarik ialah:
1. Quizizz

Quizizz ialah aplikasi yang boleh digunakan mengikut kesesuaian masa murid. Ianya boleh dijalankan secara serentak ataupun boleh juga dijadikan kerja rumah kepada murid.
Melalui Quizizz guru juga dapat menjana kuiz mengikut topik yang diajar. Boleh juga menggunakan kuiz tersedia yang telah dijana oleh guru-guru lain. Setelah semua murid selesai menjawab kuiz, satu analisis boleh didapatkan.
3. Kahoot

Kahoot merupakan satu aplikasi permainan yang mampu menarik fokus pelajar dan mengukur tahap pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Lebih menarik lagi, aplikasi ini membolehkan para guru untuk membina soalan dan jawapan sendiri berdasarkan topik yang diajar pada hari tersebut.
Selain itu, guru juga boleh membina soalan dengan memasukkan audio, video atau rajah yang berkaitan dengan soalan yang ingin ditanya. Aplikasi Kahoot antara aplikasi yang mudah diselenggara dan ia tidak mengenakan sebarang caj sepanjang penggunaannya.
3. Wordwall

Wordwall adalah aplikasi yang memberi lima template percubaan secara percuma dan yang paling menarik adalah permainan pembelajaran di dalam aplikasi ini jarang-jarang dijumpai di dalam aplikasi lain.
Guru hanya perlu mendaftar akaun menggunakan emel dan boleh menggunakan semua template yang tersedia. Antara template yang terdapat di dalam Wordwall adalah Unjumble, Word Search, Random Wheel dan banyak lagi.
Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pelbagai subjek termasuklah subjek Bahasa Arab kerana ia membenarkan untuk menggunakan tulisan jawi semasa membina soalan dan jawapan.
4. Google Form

Google Form adalah salah satu aplikasi percuma di bawah Google. Aplikasi isi tidak asing lagi terutamanya dalam bidang penyelidikan mahupun kepada guru-guru di Malaysia. Aplikasi ini sangat mesra pengguna kerana terdapat pelbagai fungsi untuk memanfaatkannya. Contohnya, dalam bidang penyelidikan, kebiasaannya para penyelidik menggunakan aplikasi ini untuk membuat tinjauan soal jawab tentang penyelidikan mereka.
Begitu juga fungsinya dalam bidang pendidikan. Guru-guru boleh menggunakan Google Form untuk membina soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Walaubagaimanapun, Google Form ini kelihatan sedikit formal dan hanya boleh memasukkan rajah ketika membina soalan.
5. Google Meet

Google meet ialah salah satu aplikasi yang tidak asing lagi bagi kita semua kerana aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi yang boleh membuat persidangan atau panggilan video percuma, dimana sesiapa sahaja yang mempunyai akuan Google boleh mengadakan mesyuarat atau kelas secara atas talian.
Guru-guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk melaksanakan aktiviti PdPr secara atas talian. Malah guru-guru juga boleh melaksanakan persidangan atau mesyuarat di rumah tanpa perlu menghadirkan diri di tempat kerja. Aplikasi ini sangat mudah dan terkenal dalam kalangan guru-guru di Malaysia kerana penggunaanya sangat mudah dan pretikal.
5. Liveworksheets

Aplikasi Liveworksheets ialah sebuah aplikasi yang boleh mengubah lembaran kerja bercetak kepada lembaran kerja yang boleh dijawab secara online. Aplikasi ini memudahkan pelajar untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan guru melalui telefon bimbit sahaja.
Disamping itu, aplikasi ini dapat memaparkan terus jawapan daripada soalan yang diberikan oleh guru. Murid boleh mengetahu markah selepas siap melaksanakan latihan.
Aplikasi Liveworksheet berbentuk interaktif ini dapat menarik minat murid menjawab lembaran kerja berbanding Google Form kerana mempunyai paparan yg lebih menarik.
Akhir sekali, terdapat pelbagai lagi aplikasi yang menarik contohnya Pedlet, ZipGrade, Plickers, Pandai, Puzzle Factory dan bermacam-macam lagi aplikasi yang boleh diterokai oleh guru-guru. Hal ini, bergantung kepada guru yang mengajar perlu menukar teknik pengajaran yang menarik dan sesuai mengikut kaedah.