DASAR KESELAMATAN SEKOLAH [HAL EHWAL MURID]


13.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).

13.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.


13.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.


13.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.


13.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.


13.6 Penglibatan murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah


13.7 Latihan Kecemasan Kebakaran


a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.

b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.

c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.

d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.

e) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.

f) Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana- mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta


13.8 Menghadapi Tsunami / Tsunamo


a) Jika terdapat tanda-tanda peluang terjadinya tsunami lakukan evakuasi ke lokasi seperti berikut:
Bangunan bertingkatyang memenuhi syarat berikut:

 Lebih dari dua tingkat

 Berada pada jarak 500m dari garis pantai

 Tidak ada kerosakan pada struktur bangunan Kawasan yang tinggi yang memenuhi syarat:

 Berada lebih dari 10m dari permukaan laut

 Dapat dicapai dalam waktu kurang dari 30 minit dengan berjalan kaki

13.9 Polisi Keselamatan Sekolah

a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-

i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

13.10 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.

b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.


13.11 Pondok Kawalan Keselamatan

a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

c) Khidmat Warden lalulintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s