Dengan berkembang majunya PDPR versi wajib nampak muka, wajib dengar suara, maka di sini di kongsikan 3 platform video call yang menjadi pilihan ramai. Dan, berapa banyak data Internet yang digunakan untuk 1 jam video call.
GOOGLE MEET – Guna 2.25GB untuk video kualiti tinggi. 500MB sejam untuk versi mobile.
ZOOM – Guna 540MB sejam bagi video kualiti standard. 1.08GB sejam untuk video 720p dan 1.62GB sejam untuk video 1080p.
MICROSOFT TEAM – Guna 225MB sejam kualiti Standard dan 450MB sejam untuk video 540p.
Penggunaan data Internet ini juga boleh berubah-ubah mengikut kualiti video kamera yang kita gunakan, bilangan orang yang tengah ON kamera masa meeting, bilangan orang yang kita tengok video diorang dan juga sama ada kita sendiri ON atau tak kamera kita.
OK. Harap dapat membantu rakan guru buat pilihan platform terbaik untuk PDPR mengikut tahap Internet anda.

Sumber: Cikgu Norhailimi