Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sidang media Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini mengumumkan bahawa pengambilan guru secara one-off akan dibuat bagi memenuhi keperluan guru pada masa ni.
Pengambilan ini juga dibuka kepada calon yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang perguruan, namun begitu mereka yang dari bidang pendidikan akan diutamakan.
Pengambilan guru sebanyak 18,702 ini dijangka akan di sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan guru yang serius.
Permohonan Guru 2021 ini duruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen. Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP:
(https://www.spp.gov.my/hebahan.html)
untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my/ bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).
Walau bagaimanapun, SPP ingin memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian, pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk memohon boleh rujuk syarat-syarat berikut:
Tarikh tutup permohonan: 21 Julai 2021