Promosi Minda Sihat adalah satu strategi yang penting dalam pelaksanaan Program Minda Sihat di sekolah, khususnya bagi meningkatkan pengetahuan umum dan kemahiran daya tindak kumpulan sasar mengenai kesejahteraan diri dan kesihatan mental.
Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan ‘Sihat Sepanjang Hayat’ telah mula dilaksanakan pada tahun 2003, bertujuan memupuk kesejahteraan diri dan membina kesihatan mental oleh setiap individu bagi menangani ketidakseimbangan emosi dan tingkahlaku dengan baik dan berkesan.
Promosi Minda Sihat bertujuan meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjaga kesejahteraan diri dan kesihatan mental. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1) Sebaran Infografik Minda Sihat melalui pelbagai medium secara dalam talian atau luar talian
2) Siaran info audio, video, multimedia Info Minda Sihat
3) Teknik Relaksasi (Pernafasan, Panduan Penjagaan Diri)
4) Mindfulness
5) Kuiz Pengetahuan, Kemahiran dan Afektif Minda Sihat
6) Kotak / Jurnal / Ruangan / Medium Ekspresi Emosi (luahan emosi)
7) Pertandingan: contohnya poster, doodle, animasi, komik, infografik, lagu dan video pendek satu minit Minda Sihat.
