Guru umpama arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, berilmu dan bertakwa.
Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah kompleks dan mencabar warga guru.
Salah satu tugas berat yang perlu dipikul oleh guru adalah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi global.
Guru perlu bertindak mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta menarik minat murid. Malah , yang lebih penting murid faham serta menghayati bahan yang diajar dan meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Antaranya melalui penghasilan video dan pelbagai aplikasi bertujuan menarik minat murid.
Adalah diharapkan ruang ini merupakan satu wadah perkongsian bahan pdpc yang dihasilkan oleh guru sekolah ini bagi membolehkan digunapakai bersama.