
Semalam (22 Julai 2021) sebanyak 507,050 dos suntikan vaksin telah berjaya diberikan. Kini 46.7% dari keseluruhan populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 21.8% pula telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Dalam konteks KPM, secara keseluruhannya 67.61% guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Bagi guru kelas peperiksaan khususnya, seramai 85.17% daripada kumpulan guru ini telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.
Bagi kakitangan sekolah pula, 54.52% telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Usaha ini masih berterusan. KPM akan terus bekerjasama rapat dengan CITF untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan kakitangan sokongan sekolah.
#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#MalaysiaPrihatin
Sumber gambar: JKJAV