Pengadaptasian norma baharu dalam system pembelajaran agak sukar bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa berada secara fizikal di sekolah. Oleh itu, mereka mudah hilang fokus apabila duduk di satu tempat bagi tempoh masa yang lama.
Kanak-kanak pastinya merindui kawan-kawan yang telah beberapa bulan tidak berjumpa. Ibu bapa boleh membantu menghubungkan mereka dengan anak-anak agar mereka tidak melepaskan peluang membentuk hubungan sosial Bersama kawan-kawan. Lakukan interaksi sosial menerus media sosial secara berkala supaya membantu mereka kekal berhubung dengan dunia luar.
Bersikap fleksible adalah penting dengan menyesuaikan masa bekerja dengan anak-anak supaya dapat membantu mereka melakukan tugasan sekolah. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak untuk menghabiskan tugasan mencabar dengan membimbing mereka agar dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberi.
Ibu bapa perlu menyediakan satu ruang kondusif bagi kanak-kanak supaya mereka dapat belajar tanpa sebarang gangguan. Sediakan ruang yang mempunyai talian internet laju agar mereka dapat mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru yang teliti. Ruang senyap dengan cahaya matahari, meja dan kerusi sesuai boleh meningkatkan tumpuan Ketika sesi pembelajaran mereka.
Terima kasih saya faham
LikeLike