PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Apa Itu PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah sebuah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.

Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid.

Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Apa Objektif PBD?

PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui PBD, guru dapat:

  • mengesan pengetahuan sedia ada murid
  • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
  • pembelajaran dari semasa ke semasa
  • mengetahui keberkesanan PdP
  • merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
  • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:

  • mengesan perkembangan diri
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
  • meningkatkan pencapaian pembelajaran

Apa Aspek Yang Ditaksir?

Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.

Contoh aspek yang ditaksir ialah:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran berbahasa
  • Kemahiran mengira
  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran bersosial
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran amali
  • Kemahiran kinestatik
  • Kreativiti
  • Kesihatan dan kecergasan
  • Amalan nilai murni
  • Sikap

Bagaimana PBD Dilaksanakan?

1. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan

2. Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

*Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s