PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Apa Itu PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah sebuah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran…

INTRUMEN KECERDASAN PELBAGAI DALAM UJIAN PSIKOMETRIK.

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Manakala, Smith & Smith (2002), telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan. Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa,…

APA ITU ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.  Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.  Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: 1. Bahasa– penggunaan bahasa pengantar yang…

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKeP) DI SEKOLAH RENDAH

Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh…

PdPR: APA PERANAN IBU BAPA?

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kita ‘dipaksa’ dan ‘terpaksa’ keluar daripada zon selesa dan rutin harian. Jika sebelum ini, rutin hidup dilalui dengan cara yang ‘normal’, kini banyak aktiviti yang terpaksa ditukar mod, kaedah dan caranya, seterusnya menjadi ‘normal baharu’. Paling ketara, peralatan media dan komunikasi menjadi sangat penting, bukan lagi sebagai…