- Ponteng SekolahMurid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas (sila rujuk Nota 4.1 (c)Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan | Ponteng Berterusan | Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan |
Amaran I | 3 hari berturut-turut | 10 hari |
Amaran II | 7 hari selepas surat Amaran I | 10 hari selepas Surat Amaran I |
Amaran III | 7 hari selepas surat Amaran II | 20 hari selepas Surat Amaran II |
Buang Sekolah | 14 hari selepas surat Amaran III | 20 hari selepas Surat Amaran III |
Jumlah Keseluruhan | 31 hari | 60 hari |
- Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
- Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
– Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar.
- Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
- Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua.
- Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
- Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
- Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
- Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
- Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN WP Labuan.
10.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)
- Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
- BKK akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi oleh Ketua Guru Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
- BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
- Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
- Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/ ponteng kelas semasa guru mengajar.
- Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
- Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM.
- Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokkannya.
- Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
- Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin sekolah dengan segera.
- Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK ,Guru Disiplin hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua / Guru Besar.
10.3 Disiplin Murid
- SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
- Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
- Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Guru Disiplin atau GPK HEM.
- Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
- Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
- Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
10.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru
- Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang)
- Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
- Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid- murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
- Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
- Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.
- Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
10.5 Dasar Umum Disiplin
- Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
- Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
- Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan- tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
- Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
10.6 Pemeriksaan Mengejut
- Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
- Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
- Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik GPK HEM.
- Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
- Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat perjanjian.
- Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
- Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
10.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
- Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
- semua guru
- bilik-bilik khas
- Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.
- Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
- Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.
- Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan HEM: Kedatangan penuh – 2 kali setahun
Sijil Sifar Ponteng – Kelas yang berjaya mengekalkan sifar
ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.
- Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun.
e) Pengurusan Perhimpunan
- Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Ahad). Masa perhimpunan 30 minit untuk sekolah rendah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
- Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas sekolah.
- Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
- PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak sebagai role model.
Boleh saya tanya soalan
1. Adakah pengawas yang dilantik boleh
– menyapu dewan
– menyapu kantin
– mengedar susu
Semua ini berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung
LikeLike